New Zealand memang terkenal dengan keindahan panoramanya. Saya memang teringin untuk ke sana, tapi masih belum berkesempatan. Bagaimanapun, dalam entri kali ini marilah kita saksikan keindahan New Zealand. Gambar-gambar ini dikirim oleh bekas pelajar saya, Nur Ain Rosmani yang sedang menuntut di sana.
Inilah Nur Ain Rosmani, pelajar tajaan MARA dalam bidang Bachelor of Education in TESOL, di Victoria University of Wellington. Bekas pelajar SMKAM ini sudah 4 tahun berada di bumi New Zealand . Sudah banyak tempat yang dikunjungi termasuklah north island dan south island. Menurutnya, antara banyak tempat yang dikunjungi, Queenstown adalah tempat yang paling cantik. Masyarakat di sana menggelarkan Queenstown sebagai Little Swiss Alps.
Hmm... memang seronok kan belajar kat luar negara. Sambil belajar, boleh juga melawat dan mengenali tempat orang. Kepada pelajar SMKAM.... belajarlah bersungguh-sungguh kerana anda juga mempunyai banyak peluang untuk belajar di luar negara.
Terima kasih Nur Ain kerana sudi berkongsi gambar-gambar kat blog saya ni. Semoga Nur Ain berjaya dalam pelajaran dan menamatkan pengajian dalam bidang yang diceburi.
new zealand memang indah TT_TT
ReplyDelete