Nampak macam sedap jer..macam-macam buah ada tu. Ingatkan buah betul, rupanya sejenis kuih. Kreatif dan berimaginasi sungguh pereka kuih ni. Nama kuih yang dikatakan berasal dari Thailand ini ialah Lup Chup. Kuih Lup Chup kat atas ni adalah Lup Chup Kota Bharu sebab dibuat di Kota Bharu. Apa istimewanya kuih ini?
Lup Chup ini diperbuat daripada kacang hijau yang dikisar/blend bersama santan dan gula, kemudian dibentuk menjadi buah-buahan, diwarnakan dan dicelup jelly. Kuih ini boleh tahan 2-3 hari bergantung kepada suhu. Untuk tahan sehingga seminggu atau lebih, bolehlah disimpan dalam peti sejuk.
Lup Chup sejumlah 20 biji dijual dengan harga RM 18. Manakala RM 36 untuk 40 biji, RM 54 untuk 60 biji, RM 72 untuk 80 biji dan RM 80 untuk 100 biji. Rasanya lemak manis, sesuai untuk dimakan seisi keluarga, dijadikan hadiah atau hantaran pengantin.
Saya ada terima perkongsian tentang Lup Chup melalui whatsapp, seperti di bawah...
Sekian, harap perkongsian ini berfaedah. Terima kasih kepada Izzati
atas maklumat dan perkongsian tentang kuih Lup Chup ini.
tak pernah raasa ni..
ReplyDeletepestime tengok hehehe
ReplyDeleteblom pernah tgk lagi :)
ReplyDeletemacam jeli jajan bebudak je rupanya...
ReplyDeleteLorrr... tak perasan ada kuih macam ni.. tapi memang belah atas sana memang ada macam-macam... sangat kreatif... femes ko loni kuih Lup Chup ni? boleh tahan harga dia tu... :D
ReplyDelete