KOLEKSI ISTIMEWA

Saturday, March 22, 2014

Nur Ilya Syafiqah 11 A SPM


Tahniah Nur Ilya Syafiqah bt Mohd Yusri, seorang lagi tokoh SPM 2013 SMKA Melor yang mendapat 11 A. Pelajar ini adalah salah seorang daripada 20 orang calon SPM SMKA Melor  yang memperolehi 11 A. Nur Ilya mendapat 9 A+ dan 2A . Berikut adalah keputusan keseluruhan pelajar cemerlang ini.



Nur Ilya yang juga bercita-cita untuk menjadi doktor suatu hari nanti, adalah pelajar yang sangat komited terhadap pelajarannya sejak awal tingkatan 4 lagi bagi menghadapi SPM. Jadi tidak hairanlah keputusan yang cemerlang ini menjadi miliknya. Ikuti coretan hati Nur Ilya buat semua pembaca blog ini.

Assalamualaikum w.b.t,

Pertama sekali, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang kepada saya untuk merasai nikmat kejayaan ini. Tempoh seminggu sebelum keputusan SPM diumumkan merupakan tempoh yang paling menyeksakan kerana pelbagai perasaan bercampur baur. Nak gembira pun tak boleh sebab  terlalu nervous dengan result yang akan keluar. Malam sebelum result memang boleh dikatakan tak boleh nak tidur. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menenangkan perasaan nervous ini.

Tibanya hari keputusan diumumkan, pertama sekali gembira dapat jumpa kawan-kawan lama selepas lebih 3 bulan bercuti. Hati semakin berdebar apabila cikgu umumkan yang ada dua tokoh pelajar terbaik walaupun tak mengharapkannya sama sekali kerana pada masa itu hanya berfikir cukuplah kalau dapat 11A pun. Alhamdulillah kerana nama saya juga disebut bersama-sama Elyaa. Perasaan pada masa itu tersangatlah lega dan sangatlah bersyukur walaupun bukan 11A+ seperti yang diharapkan oleh pihak sekolah.

Tahniah kepada kawan-kawan yang lain walau apa pun keputusan yang diperoleh kerana kita telah melakukan yang terbaik untuk SPM 2013. Segalanya telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan SPM ini bukannya penentu segalanya dalam hidup ini. Masa depan kita semua masih cerah dan selagi itulah kita harus berusaha untuk menjadi yang lebih baik daripada hari ini. Jutaan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang menyokong saya selama ini, guru-guru yang ikhlas memberi ilmu kepada kami dan melayan segala kerenah kami di sekolah, kawan-kawan terutama 5IS yang selalu ada apabila perlukan pertolongan dan semua calon SPM 2013 yang telah berusaha sehabis baik.

Hajatnya ingin memohon untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan kerana perkataan ‘doktor’ itu sudah didengar dari kecil lagi bila ditanya cita-cita nak jadi apa. InsyaAllah menjadi doktorlah kalau segalanya diperkenankan oleh Allah.

Kepada adik-adik di SMKAM, belajarlah sebaik mungkin dan yang paling penting hormatilah guru kerana keberkatan ilmu daripada guru-guru sangatlah penting walaupun kita belajar sebaik mana pun. Mohonlah yang terbaik daripada Allah kerana Dia lah yang menentukan segalanya. Jadikanlah kegagalan itu sebagai pendorong untuk kita bangkit semula dan buat yang terbaik untuk orang yang mengharapkan kejayaan kita. Untuk calon-calon SPM 2014, lakukan yang terbaik dan naikkan nama SMKAM di seluruh Malaysia. InsyaAllah..

Itulah luahan rasa dan harapan Nur Ilya. Semoga Nur Ilya berjaya menggapai cita-citanya dan menjadi pembakar semangat dan pendorong kepada calon-calon SPM 2014. Tahniah...Tahniah...Tahniah.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.