expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, April 25, 2014

Cenderamata Minggu Saham Amanah Malaysia


Anda sudah berkunjung ke pameran sempena Minggu Saham Amanah Malaysia? Saya sekeluarga sudah 2 kali berkesempatan ke MSAM di RTC Kelantan. Gambar kat atas tu adalah cenderamata yang saya dapat..Lagi ramai anda pergi...lagi banyak anda dapat.hehe...pastikan ada ic yer.



Thermos air ni cantik. Sayang pula nak guna,simpan jer la..



Payung merah putih ni juga nampak ekslusif.
Panas dan hujan...bolehlah berpayung.
Musim hujan hujung tahun nanti mesti ramai rakyat Kelantan guna payung ni...



Beg yang boleh dibawa ke mana-mana juga menjadi cenderamata 



Nak dapatkan cenderamata ekslusif tu bukan senang yer...Saya kena melawat kesemua tempat pameran untuk mendapatkan cop rasmi penaja. Ada 17 lokasi atau check point untuk mendapatkan cop tersebut. Sambil dapatkan cop, bolehlah melihat pameran dan maklumat yang ada di setiap tempat tu.


Mana tahu...salah sebuah motosikal tu akan menjadi milik saya nanti.hehe..
Bagi yang belum pergi ke sana...cepat..tarikh akhir pameran 27 April 2014.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.