Merasai sendiri pengalaman menaiki bot di sungai Kelantan, untuk melihat keindahan pulau-pulau berdekatan adalah sesuatu yang menarik. Hari ini kami berpeluang mengikuti ekpedisi ini bersama Kelate River Cruise. Dengan bayaran serendah RM 20 untuk seorang, manakala kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah percuma, kami diberi 2 pilihan laluan perjalanan sama ada ke Kuala Besar atau ke Pulau Pantai Suri.
Kami memilih untuk ke Pulau Pantai Suri untuk melihat keindahan pulau nelayan tersebut, di samping ada banyak homestay dan perusahaan membuat kelepek di sana. Keseluruhan masa pakej tersebut adalah 2 jam.
Semua teruja menaiki cruise yang disediakan. Paling penting, semua mesti memakai
jaket keselamatan. Tengok gambar kat bawah ..Sadiq nampak muka jer pakai
jaket keselamatan tu.hehe..
Banyak juga gambar yang sempat saya rakam sepanjang perjalanan ke pulau Pantai suri. Nampak cantik dan menyegarkan panorama hijau pohon-pohon kelapa dan nipah yang kelihatan. Deretan bot-bot milik persendirian juga banyak di setiap pengkalan pulau-pulau berdekatan. Antara pulau yang kami lalui sebelum sampai ke Pantai Suri ialah, pulau Teluk Renjuna dan pulau Beluru. Saya akan masukkan gambar keindahan pulau Pantai Suri dalam entri yang akan datang.
Sekembalinya kami dari pulau Pantai Suri,
kami dihidangkan dengan air kelapa muda yang sedap.
Yang ni buah nipah...boleh dimakan.
Isi kelapa muda yang sedap.
Jumpa lagi dalam entri seterusnya nanti.
Kepada yang berminat untuk mengikuti aktiviti ini,
bolehlah menghubungi Kelate River Cruise
013-9671202
Jadikan satu pengalaman menarik.
Lowh... Ada river cruise ke kat sana? Mommy tak pernah cerita pun ke Tedi...
ReplyDeletesalam Li..musim cuti sek ni kena gi try naik bot dgn famili nih..murah n berbaloi. nak royak kawe dah guna domain... sila kemaskini bloglist demo tu... dari jukdin.blogspot.com kepada www.zukidin.com
ReplyDeleteThanks.