Kalau sudah jodoh, takkan ke mana. Biarpun laut China Selatan yang memisahkan, namun mereka telah ditakdirkan untuk bersatu. Tahniah dan selamat pengantin baru buat Suniza dan pasangannya Ahmad Qushairi yang telah selamat diijabkabulkan pada 1 Februari 2014. Majlis kenduri di rumah pengantin perempuan di Melor,Kelantan telah berlangsung pada 1.2.2014 manakala majlis sebelah pengantin lelaki diadakan di Kemaman,Terengganu pada 8.2.2014.
Perkenalan semasa sama-sama bertugas di HTAA Kuantan ternyata membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Suniza sekarang bertugas di hospital Tawau, Sabah manakala suaminya di Segamat, Johor. Biarpun jarak menjadi penghalang pasangan yang sedang berbahagia ini, namun itu semua demi tugas yang diamanahkan.
Sama cantik sama padan,
bagai pinang dibelah dua.
Tahniah dan selamat pengantin baru buat bekas pelajar saya ini.
Alaa...comel nye pngantin die...sama comel... ^_^
ReplyDelete