Terengganu memang terkenal dengan keindahan pantainya. Saya memang suka melalui jalan pantai kalau nak ke Kuala Terengganu, untuk menikmati keindahan pantai sepanjang perjalanan. Beberapa hari lepas saya telah menghadiri satu mesyuarat yang diadakan di Sutra Beach Resort, Merang, Terengganu. Perjalanan dari Kota Bharu ke Sutra Beach Resort mengambil masa 2 jam.
Ada beberapa jenis bilik disediakan di sini. Kadarnya antara RM 210 hingga RM 290. Bagi kaki tangan kerajaan, anda akan mendapat diskaun dalam kadar yang tertentu. Saya berpendapat resort ini sangat cantik pemandangannya. Terutamanya bilik yang mengadap terus ke laut.
Dalam bilik
aktiviti santai pada waktu petang
Kolam renang yang berhadapan dengan laut..sangat cantik
Gambar yang paling saya suka, dirakam pada waktu awal pagi,
berhampiran kolam renang dan laut.
Sampai berjumpa lagi,
Sutra Beach Resort.
Cantik tempat ni. =)
ReplyDeleteZH Blogger
cantik..:)
ReplyDelete