Negara kita memang kaya dengan seni warisan pelbagai bangsa dan suku kaum. Antaranya tarian tradisional yang dimiliki oleh setiap kaum. Kali ini jom kita ke Sarawak untuk menyaksikan pertandingan tarian tradisional dan etnik di sana, yang dijayakan oleh pelajar sekolah rendah sempena pertandingan tarian peringkat daerah Song.
Pertandingan untuk sekolah rendah ini terbahagi kepada dua kategori iaitu tarian tradisional dan etnik. Antara jenis tarian pula seperti tarian ngajat dan sumazau. Keputusan keseluruhan pertandingan ini ialah Johan,SK Nanga Dalai, Naib johan SK Nanga Nansang, Ketiga SK Nanga Musah.Johan tarian etnik ialah SK Nanga Dalai, manakala Johan tarian rampaian & tradisional ialah SK Nanga Nansang. Tahniah.
salam. 1malaysia hee
ReplyDelete