KOLEKSI ISTIMEWA

Saturday, May 3, 2014

Cenderahati kalau ke Langkawi


Langkawi bukanlah asing lagi bagi kita semua. Mungkin anda dah ke sana beberapa kali yer. Selain melihat keindahan panorama dan sejarah pulau itu, aspek cenderahati untuk dibawa pulang pun penting juga untuk diberi perhatian. Dalam entri ini saya akan kongsikan beberapa jenis cenderahati tanda kenangan yang dibawa pulang oleh isteri saya yang ke Langkawi sempena lawatan sambil belajar pelajar sekolahnya.



Pelbagai jenis cokelat.Hmmm.. anak-anak memang suka makan cokelat ni, jadi belilah beberapa jenis. Kat sini memang banyak cokelat termasuk dari luar negara. Puan isteri saya beli yang ada tanda HALAL jer... biarpun nampak cokelat tu biasa-biasa saja berbanding cokelat yang diimport. Memang rambang mata tengok pelbagai jenis cokelat yang nampak sedap tu.



Bedak pun beli kat Langkawi. Bedak bukan sebarang bedak ni...ada campuran gamat dan herba. Langkawi kan terkenal dengan gamatnya...jadi tak hairanlah kalau dalam pelbagai kosmetiknya dicampurkan gamat. Bedak sejuk tu untuk menghilangkan jerawat, ruam, dan menyejukkan kulit muka. Senang jer nak pakai...hanya perlu goncang dan sapu jer kat muka.


Pelbagai pati minyak gamat juga boleh dibeli di sini. Antara kegunaannya ialah digunakan secara tradisional untuk luka kecil, terseliuh dan melegakan melecur ringan. Cara guna pun senang, sapu pada bahagian yang sakit sebanyak 3 kali sehari. Kat bawah ni juga minyak gamat botol kecil yang senang dibawa ke mana sahaja. Elok juga minyak gamat ni ada kat rumah untuk kegunaan apabila perlu.



Pelbagai jenis bam juga dijadikan cenderahati apabila berkunjung ke Langkawi. Bolehlah diberikan kepada sahabat handai sebagai kenang-kenangan. Bam ini digunakan secara tradisional untuk melegakan lenguh-lenguh sendi dan sakit otot. Boleh disapu pada bahagian yang sakit 2 atau 3 kali sehari.


Orang perempuan ni kalau tak beli barang dapur, memang tak sah ke Langkawi. Yang ni namanya panggang ajaib. Apa yang ajaibnya?entahlah...Orang lain dah lama guna, tapi kami baru jer beli.Hehe..Kalau nak beli benda ni, kena fikir banyak kali yer...sebab bukan ringan  nak bawa naik feri masa balik.




Yang ni kira paling istimewa la. Set vantage.


Kalau nak beli kat suami ker..atau anak teruna ker...boleh beli minyak wangi ni.
Banyak pilihan. Murah dan mahal...semua ada...


Kain pun banyak kat Langkawi..beli yang perlu jer...



Anak-anak bergaya dengan t-shirt Langkawi


Mempelam ni dibeli masa perjalanan balik...kat Perlis.

Itu saja yang saya boleh kongsikan cenderahati yang sempat dibeli dengan bajet yang sedikit. Kalau anda ada  banyak wang...boleh beli macam-macam lagi dengan harga yang lain pula. Apapun..belilah mengikut kemampuan masing-masing. Biarpun cenderahati tu tak mahal, sekurang-kurangnya ada juga sebagai tanda kenangan dan ingatan. Pergilah melancong ke Langkawi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.