KOLEKSI ISTIMEWA

Thursday, May 15, 2014

Hari Guru: Antara ucapan dan hadiah


Selamat menyambut hari guru buat semua warga pendidik di seluruh negara. Terima kasih buat semua yang bergelar guru kerana telah membentuk generasi pewaris negara dalam pelbagai lapangan kerjaya. Semuanya bermula dari pendidikan di sekolah. Tak lupa juga, marilah sama-sama kita hadiahkan al fatihah buat bekas guru kita yang telah meninggal dunia.

Tak lengkap rasanya hari guru tanpa ucapan daripada pelajar kepada gurunya. Berikut adalah beberapa ucapan yang  ditulis oleh pelajar juga bekas pelajar kepada saya pada hari ini...sehari sebelum sambutan rasmi hari guru 16 Mei...hehe..tak sempat tunggu esok..apapun terima kasih atas ingatan anda kepada saya.


Sajalah nak tahu pendapat umum pasal pemberian hadiah sempena hari guru. Pemerhatian saya mendapati murid-murid sekolah rendah lebih teruja untuk memberi hadiah kepada guru-guru mereka sempena hari guru, berbanding pelajar sekolah menengah. Antara pendapat mereka...


Ucapan mahupun hadiah,.. itulah antara cara pelajar kita mengingati dan menghargai jasa guru mereka. Tanda ingatan mereka terhadap jasa guru wajar diterima dengan penuh rasa bersyukur kerana masih ada pelajar yang mengingati guru-guru mereka, biarpun zaman persekolahan mereka sudah lama berlalu.

Selamat hari guru!

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.