expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, May 4, 2014

Nostalgia di pantai Irama


Berkunjung ke pantai Irama,Bachok beberapa hari yang lepas, saya rasa terkejut dengan 'hilangnya' tempat permainan kanak-kanak yang menjadi mercu tanda bagi kami masa kecil-kecil dulu kalau ke pantai Irama. Tempat tersebut akan dibangunkan dengan pembinaan KFC yang sedang dalam proses pembinaan. Bagaimanapun terdapat juga permainan ala moden yang berbayar,terletak berdekatan dengan pantai.



Inilah permainan gelungsur sekarang, bayaran masuk RM 5 untuk seorang. Berbeza dengan papan gelungsur dulu-dulu yang free jer. Permainan tersebut juga bukannya sentiasa ada di sini, sekali-sekala sahaja. Jadi peluang yang ada ni saya tak lepaskan dengan membayar RM 15 untuk 3 orang anak saya bermain di sana. 


Bukan main seronok lagi budak-budak ni bermain. Sempat juga saya mengimbau kenangan tempat permainan kanak-kanak dulu-dulu,yang terletak berhampiran dengan jalan. Kalau dulu ada gelungsur, jungkang-jungkit (eh..betul ker namanya ni?hehe), buaian, keretapi dan lain-lain lagi. Seronok betul zaman tu...Penuh nostalgia.



Berbeza dengan sekarang...semuanya berbayar..Beberapa jenis permainan lain kat pantai ni juga berbayar kerana diusahakan oleh pihak persendirian. Kesian juga tengok ada budak-budak yang melihat-lihat saja dari luar kawasan permainan. Mungkin bagi mereka atau ibu bapa mereka, wang tersebut ada kegunaan untuk perkara lain yang lebih penting. Apa boleh buat...segala-galanya perlukan duit.



Alangkah bagusnya kalau ada pihak berkuasa tempatan ataupun pihak swasta menyediakan satu kawasan permainan untuk kanak-kanak secara percuma di pantai Irama, Bachok. Saya percaya pantai ini sering dikunjungi oleh keluarga terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum. Dengan adanya tempat permainan kanak-kanak secara percuma ini, dapatlah semua peringkat masyarakat, terutamanya yang kurang berkemampuan bermain di sini. 



Hampir satu jam bermain, berehat sekejap di tepi pantai. Saya sengaja meminta anak-anak bergambar di atas batu, kerana batu-batu ini sudah lama di sini dan seolah-olah satu mercu tanda di pantai Irama. Apabila mereka besar kelak, harap-harap batu ini masih di situ sebagai nostalgia buat mereka.



Sebelum balik, sempat lagi beli air bagi menghilangkan dahaga.
Jumpa lagi di pantai Irama Bachok.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.