KOLEKSI ISTIMEWA

Saturday, June 14, 2014

3 Sarang burung


Hari ni tetiba jer ada mood nak mesin rumput. Masa mesin rumput tadi baru perasan ada sarang burung kat atas pokok-pokok di halaman rumah. Ada 3 sarang burung bersaiz hampir sama di atas 3 pokok berbeza. Saya check tadi kot-kot ada telur burung ker anak burung ker...tapi takde. Mungkin sarang yang baru dibuat atau anak-anak burung tu dah boleh terbang...huhu... ruginya tak sempat ambil gambar. Sarang pertama tu kat atas pokok puding. Pokok serendah tu pun burung ni buat sarang.Hmmm memang kawasan rumah saya ni selamat untuk burung-burung tu.



Yang ni sarang kedua kat pokok ekor tupai. Nampak cantik jer sarang burung tu. Sememangnya kat halaman rumah saya ni banyak jer burung-burung terbang dan singgah cari makan. Seronok tengok burung-burung ni bebas. Saya harap burung-burung ni boleh singgah lama-lama sikit. Tunggu jer pokok-pokok tu besar, nanti boleh buat sarang baru dan tinggal lama-lama sikit. Jangan bimbang...kami tak ganggu.


Sarang ketiga juga di atas pokok ekor tupai. Kat halaman rumah ni ada 2 pokok ekor tupai. Alhamdulillah pokok-pokok ni dah makin membesar. Sudah hampir setahun saya tanam pokok-pokok tu. Tak pasti pula spesis burung apa buat sarang kat situ. Rasanya burung-burung kecil jer ni. Sebab sarang pun rendah jer.


Alang-alang tengok sarang burung....nah...saya tonjolkan juga pokok kesayangan saya kat laman rumah ni...pokok kemboja putih. Rajin betul kemboja putih ni berbunga. tak putus-putus berbunga. pokonya juga nampak segar. Maklumlah sekarang ni hujan jer waktu petang. Ok itu saja cerita saya pasal sarang burung tu. Kesimpulannya, sayangilah burung-burung sekitar rumah tu....jangan dilastik atau dibela dalam sangkar. Hargailah sebuah kebebasan!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.