expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, June 8, 2014

Batang kelapa punya pasal


Gambar ni saya rakam jam 2.30 pagi tadi. Apa hal rakam gambar masa ni? Mimpikah aku? Apa yang anda nampak dalam gambar ni? Jangan takut...ini bukan entri seram....Perhatikan betul-betul...nampak batang kelapa  melintang jalan kat depan rumah saya tu. Siapa pula yang letak batang kelapa tu...nak halang laluan ker? Sebenarnya kejadian malam tadi sangat mengejutkan kami sekeluarga..Batang kelapa di luar pagar tu dah lama mati...patah pula malam tadi. Dan kesannya....



Mulanya ingatkan blackout satu kampung, tapi tengok rumah orang lain semua ada elektrik..Rupanya bekalan elekrtik kat rumah saya telah putus. Batang kelapa yang patah tu mengena pada wayar elektrik ke rumah..2 daripada 3 talian tu putus...lebih parah lagi...kotak meter tu pun pecah dan hampir tercabut. 


Saya telah menelefon TNB di talian 15454. Dalam masa 15 minit saja 2 buah kenderaan TNB sampai..Terima kasih TNB kerana datang dengan cepat...Mereka telah memotong batang kelapa yang menghalang laluan tadi. Juga menyambung semula wayar elektrik yang putus. Lampu jalan ke rumah saya juga telah rosak...kena buat aduan lain pula ni..


Dari jam 2.45 pagi hingga 4.45 pagi operasi membaikpulih dijalankan.Tahniah kepada pasukan TNB ini kerana menjalankan tugas dengan baik. Bekalan elektrik ke rumah saya telah disambung semula. Alhamdulillah tidak ada perkakasan elektik yang rosak akibat kejadian itu.


Untuk sementara...kotak meter yang pecah. Saya kena panggil kontraktor pendawaian untuk menukar kotak tersebut. Ini adalah ujian daripada Allah. Alhamdulillah tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku. Semoga perkara yang sama tidak berulang lagi. Berhati-hatilah kalau ada pokok berdekatan dengan pendawaian elektrik di rumah...

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.