Sekali tengok macam patung mainan biasa jer. Rupa-rupanya Bounce ni ada buku kat dalam mulutnya. Haaa.. itulah dinamakan kreativiti untuk menarik minat kanak-kanak membaca. Sambil bermain, boleh membaca. Terima kasih kepada Ashikin kerana membelikan Bounce ni kepada anak saya. Bawa balik dari Johor lagi ni. Selain Bounce, ada beberapa buah buku lagi dihadiahkan kepada anak-anak saya..
Buku-buku tersebut terbitan luar negara. Saya tengok buku-buku tu memang menarik, sesuai dengan usia kanak-kanak. Dari kulit luar pun dah dapat menarik perhatian budak-budak. Kat dalamnya pun penuh warna-warni..
Bagus juga kalau buku-buku berkualiti macam ni dijual dengan harga berpatutan. Cuti-cuti sekolah ni bolehlah anak-anak buat latihan sambil berhibur dengan ilustrasi menarik buku-buku tersebut. Selain isi kandungan buku yang berkualiti, lukisan dan warna juga memainkan peranan penting untuk menarik perhatian kanak-kanak. Jadikan aktiviti membaca sesuatu yang tidak membosankan.
Terima kasih Ashikin.
comel bounce tu...
ReplyDelete