expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 5, 2014

Ekspo Perdagangan Kelantan 2014


Selamat berkunjung ke Ekspo Perdagangan Kelantan 2014. Ekspo yang bermula 2 hingga 7 Jun 2014 ini berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Banyak pameran dan jualan seperti barangan elektrik, kelengkapan rumah, promosi pelancongan, dan tidak ketinggalan makanan halal.



Saya sempat juga ke gerai makanan halal. Banyak pilihan makanan dari Thailand. Aksi 'menarik' teh tarik ini juga menarik perhatian pengunjung. Tempat makan juga disediakan bagi mereka yang ingin menikmati makanan di tapak ekspo. Sambil makan, bolehlah menyaksikan acara persembahan pentas yang disediakan pada waktu-waktu tertentu.


Selain makan dari negara luar, makanan daripada
pengusaha tempatan juga tidak ketinggalan.




Bagi yang berkesempatan, bolehlah meluangkan masa ke sana.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.