expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, June 21, 2014

Kulit gula-gula


Banyak betul kulit gula-gula ni. Siapalah agaknya yang gemar makan gula-gula sampai berbotol-botol kulitnya disimpan. Atau boleh juga disebut satu hobi mengumpul kulit gula-gula. Makan gula-gula dalam kuantiti yang banyak tidak bagus untuk kesihatan gigi. Tapi kalau sekadar untuk pemanis mulut atau menghilangkan mengantuk, rasanya tak jadi masalah.



Kulit gula-gula dalam botol ni saya jumpa dalam satu kelas kat sekolah. Rupa-rupanya ada peminat gula-gula dalam kelas yang menyimpan kulit gula-gula dalam botol. Bagus juga idea menyimpan macam ni, selain untuk hiasan kelas, dapat juga mengurangkan masalah sampah dalam kelas.

Sekarang ni ada macam-macam jenis gula-gula kat pasaran. Macam-macam bentuk dan corak kulit gula-gula ni. Mungkin suatu hari nanti ada orang teringin nak tengok semula kulit bagi gula-gula yang pernah mereka makan masa kecil-kecil dulu. Hmmm nostalgia sungguh!

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.