expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, June 20, 2014

Pokok Kurma berbuah di Kota Bharu


Teruja betul nak tengok pokok kurma yang sudah berbuah di bandar Kota Bharu. Hari ini baru berkesempatan.  Sebelum ni tengok foto orang lain kat FB. Kali ni boleh tengok dan rakam gambar sendiri. Satu kepuasan berkongsi fenomena yang tak pernah berlaku sebelum ini.



Terdapat beberapa pohon kurma yang sudah mengeluarkan buah, berwarna kuning keemasan. Difahamkan pokok-pokok kurma di Bulatan Jam Besar Kota Bharu ini telah ditanam 7 tahun yang lalu. Buahnya dijangka masak akhir Ramadan ini. Harapan saya agar dapat melihat buah-buah kurma ini masak pula nanti.


Kedudukan pokok-pokok kurma ini di tengah-tengah bandar Kota Bharu telah menarik perhatian semua pengguna jalan raya di bulatan tersebut. Seolah-olah satu tarikan baru di sini apabila orang ramai tak putus-putus datang untuk melihat sendiri pokok-pokok kurma yang berbuah. Masing-masing tidak melepaskan peluang mengabadikan foto bersama pokok kurma.


Tuan blog pun nak bergambar juga sebagai bukti.hehe..






Kepada anda yang berkunjung ke Kelantan, khususnya Kota Bharu, bolehlah ke sini. Saya pasti ramai lagi yang akan ke sini nanti. Apatah lagi setelah berita mengenainya sudah banyak tersebar dalam pelbagai media. Semoga fenomena pokok kurma berbuah di Kota Bharu ini memberi impak yang berguna kepada semua.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.