expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, June 29, 2014

Selamatkan telur burung


Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Macamana hari pertama berpuasa? Semoga kita semua dapat berpuasa dengan baik. Entri pertama bulan puasa ni...pasal menyelamatkan telur burung. Semasa memotong rumput kat halaman rumah, saya terpotong sebatang anak pokok...rendah jer pokok tu. Rupa-rupanya ada sarang burung kat pokok tu


Nasib baik tak kena mesin rumput sarang burung tu. Ada dua biji telur burung dalam sarang tadi. Anak-anak saya begitu teruja tengok telur burung yang masih di dalam sarangnya.



Untuk menyelamatkan telur-telur tadi, 
saya letakkannya di atas pokok berdekatan
Tapi setelah diperhatikan, ibu burung tu macam tak nampak jer sarang tu.

Akhirnya saya pindahkan ke atas pokok ciku berdekatan. Alhamdulillah burung tu dah perasan lokasi baru sarangnya. Fuh...lega... Nampaknya misi menyelamatkan telur burung tu berjaya. Harap-harap telur tu selamat dan akan menetas nanti.

6 comments:

  1. Tahniah! Melihat dua orang kanak-kanak dalam gambar di atas itu, nampaknya saudara telah memupuk nilai-nilai murni di hati mereka... moga ibu burung dapat menjaga dan mengeram telur hingga mmenetas.

    ReplyDelete
  2. Burung apa tu ye?Cantik telurnya.

    ReplyDelete
  3. terima kasih..Amie

    O'Hara..saya pun tak tahu burung apa tapi saiznya kecil jer.

    ReplyDelete
  4. Telur burung jangan disentuh, jika tersentuh telur tu akan dipecah dan diminum ibunya..:(

    ReplyDelete
  5. Wah, burung apa nie eyh.. cantik jer kulit telur dia. Alhamdulillah, berjaya selamatkan telur burung tuu ^^

    ReplyDelete
  6. Unik telur nie.. Harap masih selamat untuk menetas nanti..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.