Hasil kraf seramik memang unik dan cantik. Tapi berapa ramai dalam kalangan masyarakat yang tahu cara membuatnya? Saya rasa tak ramai yang tahu, bahkan siapa yang masih mengusahakannya pun kita jarang ambil kisah. Dalam entri ini saya perkenalkan salah seorang penggiat kraf seramik yang masih aktif, iaitu Puan Zainab Hj Hussin.
Puan Zainab adalah pengusaha seramik dari kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan. Seramik Mambong adalah mengambil nama sempena nama kampung tersebut. Sejarah pembuatan kraftangan belanga, guri air, dan buyung di kampung Mambong dikatakan bermula sejak 300 tahun dahulu. Wah...satu jangkamasa yang lama.
Generasi muda nampaknya tidak ramai yang menceburi bidang ini. Saya berpendapat sesuatu perlu dilakukan oleh pihak berwajib untuk mempertahankan seni kraf tempatan agar terus dikenali dan mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.
Usaha promosi kraf Malaysia yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia ini patut diberi pujian. Lokasi yang dipilih seperti KB Mall di Kota Bharu ini amat sesuai memandangkan tempat ini menjadi tumpuan terutamanya golongan muda. Demonstrasi pembuatan seramik Mambong oleh puan Zainab ini adalah salah satu acara dalam promosi kraf Malaysia yang berlangsung pada 1 hingga 10 Jun yang lalu. Semoga kraftangan tempatan akan terus dikenali umum.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.