KOLEKSI ISTIMEWA

Sunday, July 27, 2014

Acara membungkus tapai


Jadi ker esok raya?hehe...Ramai perantau sudahpun berada di kampung masing-masing untuk menyambut hari raya. Masing-masing dah tak sabar untuk bergembira di hari raya. Pelbagai juadah sudah dan sedang disediakan sejak beberapa hari lepas lagi. Kali ini saya nak tunjukkan sejenis makanan yang popular di Kelantan semasa hari raya. Namanya tapai...lebih dikenali sebagai tapir di Kelantan. Bukan tapir dalam zoo tu yer!



Campuran beras pulut yang dikukus, dan ragi ini hendaklah dibungkus dulu. Boleh dibungkus dengan daun getah, daun pisang mahupun bekas plastik. Jangan guna kertas surat khabar pula yer.hehe...Tahun ni ibu saya nak guna daun getah, biar nampak klasik sikit. Kalau sebelum ni guna daun pisang ataupun bekas plastik jer. Saya rasa tapai yang dibungkus dengan daun getah mahupun daun pisang ada aromanya yang tersendiri.


Tak boleh makan terus...kena peram dulu selama dua hingga tiga hari. Cara peramannya, tutup jer bekas atau periuk tu kemas-kemas. Ada juga yang bungkus periuk tu dengan kain supaya tapai tu cepat masak. Kalau anda dengar orang Kelantan kata "makanan yang dimakan selepas perang"...itulah tapai, maksud perang di sini adalah peram.


Inil satu lagi acara membungkus tapai menggunakan daun pisang. Mak mertua saya memilih untuk membungkus tapai menggunakan daun pisang. Wah...sana-sini membuat tapai, tempat anda juga ada makanan ni kan? Saya suka makan tapai yang disimpan terlebih dahulu dalam peti ais.Makan waktu tengah hari...fuhhhh...sedap. Cubalah yer! Selamat menyambut hari raya Aidilfitri.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.