Alhamdulillah, murah betul rezeki bulan puasa ni yer.... Baru jer buat entri pasal cpuv bulan Julai, tiba-tiba dapat lagi cpuv baru untuk bulan Julai. Kalau macam ni, meriahlah raya tahun ni kan... Apa taknya, sana-sini sibuk buat persiapan raya, kat blog ni pula lip lap lip lap iklan muncul memeriahkan suasana.
Cpuv terbaru daripada Waku Doki Campaign dan uMobile Prepaid. Serentak masuk tu...Terima kasih banyak kepada nuffnang dan pihak pengiklan tersebut kerana percayakan blog kembaraminda7.com. Macam ni barulah ada semangat nak berblog kan.... 5 cpuv tengah on going serentak tu.
Kalau ada yang bertanya macamana nak dapat cpuv yang banyak...senang jer jawapannya, anda kena bersabar dan terus berusaha. Sebabnya blog saya ni pernah setahun tak dapat cpuv langsung apabila bertukar daripada blogspot ke .com
Bilangan pengunjung blog yang ramai juga penting. Tapi blog saya ni tak adalah ramai sangat yang masuknya...biasa-biasa saja. Cuma saya akan pastikan entri tu sentiasa ada. Paling teruk pun 3 entri dalam seminggu. paling penting juga, entri tu mesti original tau! bukan copy paste.
Terima kasih sekali lagi kepada nuffnang, pengiklan dan semua yang memberi sokongan kepada blog kembaraminda7.com.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.