KOLEKSI ISTIMEWA

Thursday, July 24, 2014

Al Quran dimakan anai-anai

Satu kejadian yang patut diambil iktibar oleh semua umat Islam, 3 naskhah Al-Quran telah rosak dimakan anai-anai. Kejadian ini berlaku di surau SMKA Melor, disedari apabila pelajar ingin mengemaskan sebuah rak di surau berkenaan. 2 naskah Al-Quran telah dimakan anai-anai pada bahagian isi Al-Quran manakala 'frame'nya masih elok.


Mungkin ada hikmahnya kejadian ini berlaku. Kehilangan keseluruhan  ayat-ayat suci Al Quran dalam 2 naskhah Al Quran ini menjadi iktibar kepada kita semua agar sentiasa membaca Al-Quran yang ada. Jangan hanya disimpan di atas rak, atau sebagai hiasan semata-mata.


Sama-samalah kita renungkan dan fikirkan hikmah di sebalik kejadian ini.



Sementara Ramadan ini masih berbaki,
sama-samalah kita memperbanyakkan amalan membaca al Quran.
Juga diteruskan amalan mulia ini pada bulan-bulan seterusnya.
Jadikan membaca Al Quran sebagai amalan harian.


2 comments:

  1. waahh.. dasyatnya anai2.. :O semoga kita sentiasa memelihara Al-Quran yg ada bersama kita..

    ReplyDelete
  2. Anai2 tu cuma menjalankan tugas yg diberi Allah..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.