expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, July 19, 2014

Kota Bharu belum sibuk


Sana-sini sibuk membuat persiapan raya. Semakin hampir nak raya, semakin seronok dan meriah pusat beli-belah mahupun kedai-kedai di semua tempat. Pakaian raya kami sekeluarga dah dibeli sebelum puasa lagi, jadi tak adalah sibuk-sibuk nak beli lagi. Tapi hari ni saja-saja nak tengok orang membeli persiapan raya kat bandar Kota Bharu. Keluar bersama isteri dan anak-anak ini ada-ada saja kerenahnya....tengoklah gambar tu.hehe..

Saya dapati keadaan tidaklah sesak mana. Biasa-biasa saja. Mungkin ramai yang dah buat persiapan awal. Nampak juga beberapa kedai menjual pakaian lengang saja tanpa kehadiran pengunjung. Sedangkan kalau hari Sabtu, hari-hari biasa  waktu tengah hari memang sentiasa sibuk. Adakah ramai yang tidak mahu berbelanja sakan untuk raya kali ni? bagus jugalah kalau semua berjimat-cermat. Jangan-jangan ada yang ingin membeli pada saat-saat akhir, sehari dua sebelum raya.

Faktor lain kenapa bandar Kota Bharu tak sibuk sangat dengan pengunjung adalah kerana terdapat banyak pusat beli belah di merata tempat. Kalau dulu, tumpuan pengunjung pasar raya kalau di Kota Bharu adalah Pantai Timur, The Sore dan Mydin. Sekarang sudah ada Parkson, KB Mall, dan Billion juga di Kota Bharu. Manakala beberapa lagi pasar raya di luar Kota Bharu yang turut menarik pengunjung.

Jadi tidak hairanlah bagi mereka yang berada di pinggir Kota Bharu untuk membeli-belah di sekitar tempat tinggal mereka tanpa perlu masuk ke bandar Kota Bharu. Saya menjangkakan dua tiga hari sebelum raya bandar Kota Bharu akan sesak dengan kebanjiran pengunjung apabila warga kota dan perantau-perantau mula pulang. Selamat pulang perantau dan selamat membeli-belah di tempat sendiri.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.