expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, July 5, 2014

Kurma berbuah di UNISZA


Fenomena pokok kurma berbuah di beberapa tempat di Malaysia sempena Ramadan tahun ini. Kalau sebelum ini terdapat pokok kurma berbuah di bandar Kota Bharu.[KLIK SINI] Sekarang, beberapa batang pokok kurma di UNISZA, Kuala Terengganu sedang lebat mengeluarkan bunga kurma yang sedang mekar. Kalau dilihat pada tandan bunga kurma tu, memang lebat juga buahnya nanti. Lokasi pokok kurma tersebut adalah berhampiran dengan masjid di UNISZA.


Selain di kawasan masjid, beberapa batang pokok kurma di sekitar dewan kuliah juga telah menghasilkan buah yang hampir masak sekarang ni. Kehadiran pokok kurma yang berbuah di sini turut menarik perhatian warga UNISZA dan masyarakat setempat.


Semoga pokok-pokok ini akan menghasilkan buah kurma yang banyak. Ketinggian pokok kurma yang sedang berbuah ini lebih kurang 1.5 hingga 2 meter. Wah...boleh dipetik dengan tangan jer tu. Alhamdulillah, Warga UNISZA berbangga dengan pokok-pokok kurma berbuah ini.
[FOTO & INFO; IZZATIE]

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.