expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, July 16, 2014

Nostalgia berbuka puasa


Petang tadi sempat berbuka puasa kat madrasah di kampung. Madrasah ni letaknya bersebelahan saja dengan rumah arwah ayah saya. Juadah berbuka disediakan secara bergotong-royong oleh penduduk sekitar. Madrasah ni kecil jer...Jemputan berbuka tadi pun dalam 150 orang saja. Banyak betul nostalgia kat sini...


Masa saya kecil dulu, ingat lagi setiap kali diadakan majlis berbuka kat madrasah ni, setiap keluarga membawa hidangan masing-masing dengan pelbagai menu. Hidangan tadi dibawa ke madrasah dalam dulang besar dengan menjunjungnya di kepala.Lucunya apabila tiba waktu berbuka...masing-masing sibuk memilih hidangan yang nampak sedap.hehe...Sekarang semua sibuk, mana ada masa nak sediakan menu berbuka macam tu. Sebab tu lah sekarang ramai yang bagi duit kemudian sama-sama memasak kat situ.


Satu perkara lagi, selepas tarawih mesti ada moreh...Masa ni lah budak-budak paling suka sebab dapat makan kuih-muih yang dibawa oleh penduduk setempat. Kuih pula memang klasik macam onde-onde, akok, dan lain-lain. Kadang-kadang tu cendol pun sedap juga dimakan selepas terawih. Budak-budak sekarang mana suka makan cendol? 

Pasal solat terawih, saya ingat lagi masa arwah ayah jadi imam kat sini, dilakukan sejumlah  20 rakaat. Wah...ramai generasi tua dulu-dulu larat selesaikan sunat tarawih walaupun 20 rakaat. Orang-orang muda sekarang nak buat 8 rakaat pun banyak alasan...

Memang banyak nostalgia dulu-dulu pasal puasa dan terawih. Itu belum cerita lagi pasal sambutan raya..Hmm tak sangka majlis berbuka puasa kat madrasah tu tadi mengembalikan banyak nostalgia. Andai dapat diundurkan masa... ingin sekali saya mengulanginya lagi. Tapi itu pastinya sesuatu yang  mustahil!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.