expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, July 9, 2014

Sesi motivasi yang hebat


Mempunyai tarikan tersendiri...Itulah pakar motivasi, Dr Fakhrul Razi Hanafiah, yang sempat berkunjung ke SMKA Melor semalam. Ceramah motivasi yang berbeza dengan siri ceramah yang lain ini telah berjaya berjaya mengekalkan semua pelajar di tempat duduk masing-masing selama hampir 6 jam. Semua pelajar memberi perhatian penuh biarpun semua kipas ditutup dan penceramah tidak menggunakan mikrofon. Bayangkan situasi di bulan puasa...pelajar boleh bertahan selama itu tanpa rasa mengantuk pun...Itulah kelebihan pakar motivasi ini.


Kandungan ceramah yang berkisar kepada motivasi diri, asal-usul diri, seterusnya kepentingan berusaha untuk mencapai kecemerlangan disampaikan dengan penuh bertenaga. Rata-rata pelajar memberikan maklumbalas positif terhadap ceramah motivasi tersebut. Secara peribadi, saya rasa ceramah ini boleh diterima oleh semua pelajar kerana beliau menggunakan kaedah menyelami sendiri situasi sebagai pelajar dan permasalahannya. Justeru, pelajar merasakan diri mereka betul-betul difahami, dan memikirkan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka.


Semoga motivasi ini memberikan manfaat kepada semua pihak, khususnya pelajar untuk berubah ke arah kebaikan. Menjadikannya sebagai penyuntik semangat untuk terus berusaha demi sebuah kejayaan. Tahniah Dr Fakhrul Razi Hanafiah daripada Mutiara Consultant, UUM dan UNISEL. Semoga berjumpa lagi di lain kesempatan.

1 comment:

  1. ada no telefon dia tak? sebab nak contact untuk bagi ceramah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.