KOLEKSI ISTIMEWA

Wednesday, August 6, 2014

Conteng buku teks?


Siapa pernah buat...menconteng buku dengan lukisan atau sebarang coretan semasa guru sedang mengajar? huhu.... nampak sangat tak beri perhatian semasa cikgu mengajar yer. Mungkin bosan dengan pengajaran guru atau saja-saja nak tunjuk bakat. Lukisan kat atas tu saya jumpa dalam sebuah buku antologi KOMSAS tingkatan 4. Pelajar yang pernah belajar antologi tu mesti tahu tajuk apa kan....Mengikut catatan pada potret yang dilukis tu tahun 2012 lagi. Sekarang buku tu digunakan oleh pelajar lain pula.Saya rasa saya kenal la pelajar yang lukis tu.hehe...Tapi tak pasti pula dia lukis potret yang comel tu masa saya sedang  mengajar ker tidak...


Yang ni satu lagi lukisan yang dijumpai dalam buku antologi KOMSAS tingkatan 5. Alahai... budak-budak ni sempat lagi buat lukisan tu...Mesti nak luahkan perasaan melalui lukisan...Disebabkan subjek lukisan tak ditawarkan di sekolah...maka buku KOMSAS pula jadi mangsa. Buku-buku lain tak pastilah pula. Cuba cikgu-cikgu periksa buku-buku teks pelajar .....mesti ada macam-macam lukisan atau contengan.

Kepada semua pelajar....harap jangan diconteng buku-buku teks tu yer, sebab adik-adik anda juga yang akan menggunakannya nanti. Hmmmm... ada ker yang sempat melukis atau menconteng pada kertas jawapan peperiksaan? Kalau ada....alahai...faham-faham jer la....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.