expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, August 11, 2014

Dekat tapi jauh


Betul...betul...betul....Saya sangat setuju dengan pendapat di atas. Itulah hakikatnya sekarang. Kemudahan internet dan telefon bimbit atau telefon pintar ini mengundang pelbagai implikasi. Di samping banyak kebaikannya, terselit juga keburukannya. Kita ketepikan dulu soal kebaikannya di sini, kerana saya tertarik untuk mengulas implikasi negatif telefon bimbit ini dalam konteks pendapat di atas.

Pelbagai aplikasi telefon bimbit yang boleh mendekatkan kita dengan seseorang, malahan sekumpulan orang. Tapi..sedar atau tidak pada masa yang sama kita telah mengenepikan seseorang atau sekumpulan orang yang berada di sekeliling kita. Paling memberi impak ialah ahli keluarga sendiri.

Cuba tengok satu keluarga yang sedang makan di sebuah restoran, masing-masing dengan gajet telefon bimbit sendiri. Bila pula mereka akan berbual dan bermesra sesama ahli keluarga kalau sibuk melayan wahatsApp, messenger, telegram dan seumpamanya. Ada juga yang sibuk mengambil gambar makanan malahan ahli keluarga yang sedang makan, kemudian dimuatnaik dalam facebook. Seronok pula kalau kawan-kawan dari serata tempat klik 'like' mahupun komen pasal makanan tersebut. Ahli keluarga sendiri di depan mata...tak tanya pun pasal makanan tu....Sepatutnya berbuallah pasal makanan tersebut dengan keluarga atau rakan di depan kita dulu.

Saya sendiri pun sedikit rimas apabila dalam apa-apa majlis atau sedang makan bersama rakan-rakan, tapi semua sibuk dengan telefon bimbit. Apa guna kita makan semeja kalau telefon bimbit masing-masing juga yang diberi perhatian. Adakah nampak kasar kalau kita buat syarat supaya apabila berada dalam sesuatu majlis atau sedang makan bersama keluarga atau rakan, semua telefon bimbit tidak dibenarkan. Kalau boleh, tinggalkan sahaja dalam beg tangan atau dalam kereta. Dikecualikan kalau sedang menunggu panggilan kecemasan.

Suami isteri juga janganlah sibuk dengan telefon bimbit masing-masing. Sibuk bertanya rakan-rakan yang jauh pasal makanan, pakaian, dan sebagainya....tapi suami atau isteri kat depan mata tu macamana? Kalau dilihat oleh anak-anak, mereka juga akan meniru perbuatan tersebut kerana ibu bapa adalah 'role model' mereka. Luangkan masa bersama keluarga terutamanya waktu makan malam, tak kiralah di mana sahaja anda makan. Ketepikan seketika rakan-rakan yang jauh tu kerana apabila kita berada dalam kesusahan atau perlukan pertolongan segera, keluarga terdekatlah yang kita cari.

Telefon bimbit dicipta untuk kemudahan manusia. Gunalah sebaik mungkin pada masa dan tempat yang sesuai. Hormatilah sesuatu majlis, atau orang yang sedang bercakap di depan kita tanpa menyinggung perasaan mereka dek kerana kelekaan kita dengan gajet kesayangan!



1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.