KOLEKSI ISTIMEWA

Friday, August 1, 2014

Open house raya Aidilfitri


Selamat menyambut hari raya Aidilfitri. Ini cerita pada hari raya kedua...kami sempat mengadakan rumah terbuka, khas buat keluarga terdekat sahaja. Menu hari ni disediakan oleh puan isteri saya sendiri. Chef seorang saja, sebab tu tak dapat jemput ramai.hehe.. Menu utama yang disediakan ialah nasi kerabu golok dan soto.


Yang baju merah tu, anak saudara merangkap pembantu chef pada hari tersebut. Lauk untuk nasi kerabu golok adalah ayam bakar, daging bakar, telur masin, sambal kelapa, dan solok lada, selain ulam-ulaman yang segar.


Antara tetamu yang datang. 
Yang pegang gelas tu anak ketiga saya, Sadiq.
Maaf tak sempat nak ambil gambar semua tetamu yang datang.hehe...




Yang ni, kawan lama...satu sekolah masa belajar dulu.
Terima kasih kerana sudi datang walaupun raya kedua tu sangat sibuk
dengan urusan keluarga masing-masing.


Walaupun penat, tapi seronok.
Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang datang,
semua keluarga saya dan isteri saya.
Panjang umur kita jumpa lagi tahun depan.
selamat hari raya,maaf  zahir batin.

1 comment:

  1. Sedapnyaaa nasi kerabu ,, dah lama tak makan ,, nak nakkk pulak daging bakar tuuuu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.