KOLEKSI ISTIMEWA

Thursday, August 14, 2014

Pulau Pantai Suri, Tumpat


Foto kat atas  adalah antara koleksi foto yang saya paling suka. Saya rakam sendiri menggunakan handphone Sony Xperia Z1 tanpa sebarang proses pengeditan. Masa ni saya berada di atas bot yang sedang bergerak....nasib baik sempat rakam gambar tu dan nampak jelas. Oh ya, lokasi yang memberikan panorama menarik dalam gambar ini ialah di kampung Pulau Pantai Suri, Tumpat, Kelantan.



Perkampungan nelayan ini mempunyai tarikan yang tersendiri. Selain dapat melihat bot-bot nelayan dan aktiviti menangkap ikan, di sini juga ada menawarkan homestay. Menarik tu...sambil melihat keindahan panorama, boleh juga merasai sendiri kehidupan di pulau yang dikelilingi kuala sungai dan laut ini. Saya sendiri sudah beberapa kali ke sini. Kali terakhir bulan April tahun 2014.


Pulau Pantai Suri ini berdekatan dengan Pulau Teluk Renjuna. Saya pernah menjalani latihan praktikal di Pulau teluk Renjuna, semasa menjalani pengajian peringkat sarjana muda dulu. Banyak kenangan sepanjang 3 bulan di Pulau Teluk Renjuna, secara tidak langsung dengan Pulau Pantai Suri juga.


Kunjungan saya baru-baru ini ke Pulau Pantai suri ini sedikit-sebanyak dapat mengembalikan nostalgia lama. Sayangnya orang-orang yang saya kenal di sini sudah ramai yang tidak menetap di sini lagi. Ada juga yang telah pun meninggal dunia.


Kepada rakan-rakan sekuliah yang praktikal di Pulau Pantai Suri, saya masih ingat mereka...Lau Swee Li dari Perak dan Knot Atok dari Sarawak...semoga paparan dalam blog saya kali ini turut mengimbau kenangan kalian di sini.


Kepada anda yang ingin berkunjung ke sini...silakan...Boleh naik bot dari Kuala Besar mahupun dari jeti pengkalan Kok Majid, Tumpat. Pergilah melancong...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.