Ahhhh...lega rasanya. Baru habis buat pembayaran secara online bagi bulan ini. Beginilah rutin setiap hujung bulan. Duit gaji tak sempat nak tengok atau pegang, habis macam tu saja buat pembayaran. Saya memang membuat pembayaran secara online sejak beberapa tahun dulu lagi. Senang dan menjimatkan masa. Paling penting, tak perlu pegang duit..Kalau tak, rasa sayang juga nak bayar beratus-ratus ringgit tu setiap bulan.
Hmmm... beginilah hidup kalau hutang keliling pinggang. Kalau tak berhutang, tak merasalah nak beli sesuatu tu kan...haha...Biasalah hutang kereta, kad kredit, rumah dan sebagainya. Hutang kad kredit tu pun takde lah banyak sangat....Bayar pun melebihi penggunaan bulanan.
Semua bil saya bayar secara online. Bil elektrik, ASTRO juga internet. Jadi tak perlu beratur kat pejabat pos atau mana-mana kaunter bayaran. Tak perlu cari parking kereta, berpanas atau berhujan. Duduk saja depan komputer kat rumah bila-bila masa. Boleh juga guna handphone untuk membuat bayaran.Kan senang tu....Charge yang dikenakan pun tak mahal. Kalau bayar bil tu, free saja.
Pendek kata, duit gaji tu hanyalah angka-angka dalam slip gaji. Tolak sana, tolak sini dalam slip gaji, juga pembayaran secara online, tinggalah baki untuk makan minum dan belanja keluarga. Saya beryukur kerana masih diberi kesempatan usia, kesihatan dan tenaga untuk bekerja. Masih ramai di luar sana yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bersyukurlah atas kurniaanNya.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.