KOLEKSI ISTIMEWA

Friday, September 12, 2014

Budu tiub dan paket


Kalau sebut pasal Kelantan, tak lengkap tanpa budu. Sekarang ni bukan warga Kelantan saja suka makan budu. Malahan sudah terkenal di seluruh negara. Akan datang...pasaran luar negara pula! Budu juga dikenali sebagai pati ikan bilis. Selari dengan peredaran zaman, sekarang budu boleh didapati dalam bentuk paket mahupun tiub. Wah...bagus betul inovasi pembungkusan budu sekarang. Senang untuk dibawa ke mana-mana. 


Kalau zaman arwah ayah saya dulu, dia selalu beli budu yang dibungkus dalam plastik. Masa tu budu dalam botol dah ada, cuma rasanya tak sesedap budu yang di 'packing' dalam plastik mengikut sukatan tertentu yang dikehendaki pembeli.

Sekarang semakin moden...jangan ada yang tertukar dengan tiub ubat gigi mahupun paket kopi segera.Haha...Apapun saya tumpang berbangga dengan inovasi ini kerana memudahkan pengguna untuk membawa budu ini ke mana saja termasuk ke luar negara. Generasi muda pasti tak malu lagi untuk membawa paket-paket budu ini untuk dinikmati bersama rakan-rakan.

Harga bagi setiap paket mahupun tiub itu taklah mahal sangat, cuma RM 2 saja. Harga ini mungkin berbeza jika dibeli di lokasi yang berbeza, ataupun jika dibeli dalam jumlah pukal. Harga bukan soalnya...yang penting dapat makan budu. Kalau ke Kelantan, singgahlah di pasar Siti Khadijah untuk membeli budu-budu ini.

1 comment:

  1. Salam Adik,Saya Minat utk membeli pkt budu..bulih tahu dimana bulih beli?, Adik Jual Ker?...sila reply ya...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.