KOLEKSI ISTIMEWA

Thursday, September 18, 2014

Cek Mek Molek Street Art


Macam satu trend pula sekarang melukis pada dinding bangunan. Kalau dulu belakang bangunan kedai, nampak suram dan takut untuk dilalui. Sekarang, di belakang bangunan kedai sudah dilukis dengan pelbagai lukisan cantik yang mampu menarik orang ramai berkunjung dan melihat hasil seni yang dihasilkan. Entri kali ini saya akan paparkan gambar-gambar yang saya rakam semasa berkunjung ke Cek Mek Molek Street Art di bandar Machang, Kelantan. Inilah tarikan terbaru di bandar Machang. jom saksikan...


 Bergambar dengan manusia zaman purba memberikan satu pengalaman baru



seolah-olah berada dalam sangkar burung















Sadiq dan kawan-kawannya





besarnya ikan dalam balang ni


Kat sini pun sempat main wau

Kreativiti tersendiri

Anak saya Sadiq menjadi model semasa penggambaran ini.
Nasib baik dia sporting kali ini.

Kepada yang berada di Kelantan, khususnya di bandar Machang,
bolehlah berkunjung ke sini. Anda pasti teruja untuk 
mengabadikan lukisan dinding tersebut
dalam koleksi gambar peribadi mahupun berkumpulan.

5 comments:

  1. Dah berubah bandar machang. Rindu zaman study kat uitm machang

    ReplyDelete
  2. menarik ni...in sha Allah boleh jalan2 kat sana..

    ReplyDelete
  3. Seronok kalau bawak anak2 jalan-jalan kat sini kan..

    ReplyDelete
  4. memang kreatif....comel sungguh..

    ReplyDelete
  5. Mula-mula hari tu, cantik lagi...tong-tong sampah masih elok..sekarang semua dah rosak..gatal tangan betul orang-orang yang datang nak bergambar tu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.