Perancangan kita memang kemas dan cantik, tapi perancangan Tuhan lagi hebat. Sebab itulah kadang-kadang apa yang kita rancangkan itu tidak menjadi kenyataan kerana Tuhan ada perancanganNya untuk kita. Walaupun sesuatu yang berlaku itu di luar kehendak dan kemampuan sendiri, tetapi percayalah apa yang ditakdirkan terjadi itu adalah yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya.
Jom berkongsi satu cerita yang saya alami hari ini. Sebenarnya dah lama saya merancang untuk ke kedai servis kereta pada hari ini. Selepas sekolah jam 3 petang saya bertolak ke kedai berkenaan yang jaraknya dalam 20 minit saja dari rumah.
Sampai satu persimpangan lampu isyarat yang tak berapa jauh dari kedai berkenaan, tiba-tiba...(bukan accident yer!) jalan tersebut ditutup kerana ada kerja-kerja menurap jalan. Adusss....macamana ni...Saya terpaksa menukar laluan yang mengambil masa lebih 30 minit lagi untuk ke sana, dengan jalan yang agak sesak kerana terpaksa masuk ke bandar Kota Bharu.
Dalam kepala...ahh mesti tak sempat nak servis kereta hari ini. Geram pun ada...kenapalah jalan tu ditutup hari ini. Kalaulah saya tahu...mesti awal-awal lagi tak pergi. Teruskan sajalah...Sampai ke kedai tersebut, dah jam 4 petang . Banyak pula kereta petang ni...Nasib baik masih diterima, dan kereta saya siap diservis petang tu juga.Alhamdulillah.
Balik tu ingat nak pergi gunting rambut sekejap. 2 kedai yang disinggah dah tutup pula Baru jam 5 petang dah tutup ker...Sepatutnya masa orang balik dari kerja ni bukalah yer...Takkan masa bekerja kita nak keluar gunting rambut kan!...Pergi satu lagi kedai, alamak tuan kedai baru jer angkat tanda 'TUTUP'. Hmmmm balik jerlah.
Itulah secebis kisah hari ini yang menggambarkan sesuatu yang kita rancang itu tidak semestinya menjadi kenyataan. Mungkin ada antara kita yang menghadapi musibah atau sesuatu di luar dugaan hari ini. Terimalah kenyatan itu dan banyakkan bersabar kerana sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. Biarpun pahit untuk dihadapi, percayalah manis akan tiba juga dengan izinNya.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.