expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, September 4, 2014

Relevankah pejabat Pos?


Masa kecil-kecil dulu kalau sebut pejabat pos, saya akan bayangkan ia satu tempat untuk membeli setem bagi mengepos surat. Apabila masuk sekolah, satu lagi fungsi pejabat pos yang saya tahu adalah tempat untuk membayar bil elektrik. Lucu pula kalau ingatkan zaman budak-budak sekolah dulu...Bukan selalu pun ke pejabat pos. Tapi posmen yang hantar surat ke kampung tu selalu jugalah tengok.
Selari dengan perkembangan masa, fungsi pejabat pos semakin banyak, tidak terhad untuk urusan penghantaran surat dan pembayaran bil sahaja. Cuma akhir-akhir ini saya perhatikan tidak ramai lagi orang yang menghantar surat. Masing-masing lebih selesa berhubung melalui telefon. Cepat, senang,dan  boleh dapat respon segera. Kalau hantar surat, berhari-hari baru sampai..itupun kalau tidak tercicir dalam perjalanan.

Bagaimanapun untuk urusan rasmi, penghantaran surat masih lagi relevan.Bagi pelajar yang menunggu keputusan untuk melanjutkan pengajian ke mana-mana IPT, penerimaan surat tawaran belajar melalui pos juga satu kepuasan, biarpun keputusan tawaran tersebut boleh diperoleh melalui sms atau dengan melayari website tertentu.

Kalau dulu bil-bil telefon, astro dan penyata kad kredit dihantar melalui pos, akhir-akhir ini satu trend baru pula iaitu pengguna boleh mencetak sendiri bil-bil atau penyata tersebut di rumah atau pejabat masing-masing. Pada musim perayaan pula, ramai yang menghantar kad ucapan melalui e-kad, yang tidak memerlukan kita untuk mengepos kad-kad tersebut.

Semasa bersekolah dulu, saya mempunyai hobi mengumpul setem. Seronok dapat mengumpul pelbagai jenis setem dari dalam dan luar negara. Tapi sekarang...hobi tu dah tinggal kenangan. Walaupun pejabat pos ada menyediakan sampul surat dan setem untuk sesuatu keluaran khas, malas pula nak beli.Hehe...

Perkembangan pesat dan pantas internet di negara kita memang memberi kesan terhadap perkhidmatan pos. Justeru, secara peribadi saya berpendapat pos Malaysia perlu mencari sesuatu tarikan baru untuk menggalakkan orang ramai terus menggunakan perkhidmatan pos.

5 comments:

  1. Surat menyurat masih releven tp jgn smpi ketinggalan kemajuan teknologi semasa..

    ReplyDelete
  2. Saya berpendapat pejabat pos masih relevan cuma fungsinya juga mesti seiring dengan perkembangan teknologi.

    ReplyDelete
  3. saya guna pejabat pos untuk hantar bungkusan barang....

    ReplyDelete
  4. 2-3 minggu lepas gi pejabat pos... kat dalam tu semua otai2 je.... huhuhuhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.