KOLEKSI ISTIMEWA

Tuesday, September 9, 2014

Restoran EdDe Pasir Tumboh


Dah makan ke belum? Malam ni kami makan kat luar. Dekat saja... di Pasir Tumboh. Saja nak cuba makan kat restoran EdDe yang baru dibuka, cawangan baru di Pasir Tumboh. Rupa-rupanya dah banyak cawangan restoran EdDe di Kelantan. Ada di Tanah Merah, Pasir Putih, Machang, dan Ketereh. Jom tengok apa yang ada...


Macam-macam menu...sila pilih sendiri. Banyak western food...macam chicken chop, burger, ayam dan sebagainya. Harga dikira berpatutan dengan makanan yang dioder. Rasanya?...entahlah..saya sendiri pun tak cuba semua menu lagi.hehe...Datang dan cuba sendirilah yer.


Jus buah yang kami oder...RM 3.50 segelas


Chicken chop sizzling...pilihan saya. RM 10.50


Mee claypot...eh lupa pula berapa harga.
Kat dalam restoran ni juga disediakan mini playground untuk anak-anak bermain.




Pilihan untuk anak...
nasi air dan chicken burger



Saya tengok suasana dalam restoran ini kemas dan bersih. Pelanggan pun ramai juga yang datang. Kepada anda yang berada sekitar Pasir Tumboh, bolehlah datang dan cuba sendiri menu yang ada di sini. Oh ya, restoran ini dibuka bermula jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.