expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, October 28, 2014

Hargailah masa sihatmu


Hari-hari yang dilalui terasa begitu cepat masa berlalu. Pelbagai aktiviti termasuk kerja yang dilakukan dalam seharian ini menjadikan seolah-olah kita tidak cukup waktu untuk merehatkan badan dan minda. Untuk apa sebenarnya kita berhempas-pulas bekerja dan menjalani aktiviti seharian ini? Masing-masing punyai alasan tersendiri berbuat demikian.
Menulis pasal masa ini, mengingatkan saya perihal pentingnya kita menghargai masa. Peribahasa juga ada menyebut perihal kepentingan masa iaitu masa itu emas. Persoalannya sejauhmana kita menghargai masa? Kalau ada yang suka termenung di tangga mahupun di atas katil pada kebanyakan waktu itu, adakah layak untuk dikategorikan sebagai orang yang menghargai waktu?

Bagaimana pula dengan seseorang yang menghabiskan kebanyakan waktu seharian mereka dengan urusan kerja semata-mata, sehingga mengenepikan soal kekeluargaan dan kemasyarakatan? Adakah mereka ini layak digelar sebagai orang yang menghargai masa?

Ahhh...terlalu subjektif untuk merungkai persoalan ini. Saya lebih suka mengambil makna menghargai masa ini dengan sesuatu yang dilakukan secara terancang mahupun berjadual. Kita bukannya robot atau mesin yang boleh bekerja sepanjang masa tanpa rehat. Sebaliknya juga kita tidak boleh hanya goyang kaki tanpa melakukan sebarang pekerjaan kerana hidup ini memerlukan kita bekerja untuk menyara diri dan keluarga.

Tuntasnya, penuhilah masa berharga ini dengan pelbagai aktiviti yang bermakna yang berguna kepada diri, keluarga, masyarakat mahupun negara. Pada masa yang sama kita juga perlukan masa untuk diri sendiri untuk merangsang motivasi bagi memacu kecekapan dalam kerjaya. Hargailah masa sihat anda, kerana apabila badan sihat, segala aktiviti yang dirancang boleh dilaksanakan.

3 comments:

  1. Betul. Akan tiba suatu saat penyakit akan hadir menguji..

    ReplyDelete
  2. KM,

    semakin saya berusia, semakin saya dapat rasai kerugian menghabiskan masa demi kerja semata-mata.

    keluarga, kemasyarakatan dan diri kita sendiri juga harus diutamakan...

    tima kasih kerana menimbulkan persoalan ini kerana kita sebagai insan biasa selalu alpa dan hanyut...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.