KOLEKSI ISTIMEWA

Wednesday, October 29, 2014

Kenapa dengan Yes 4G?

Kenapa dengan perkhidmatan Yes 4G huddle ni? Sudah 3 hari saya tak dapat menggunakan huddle Yes 4G. Liputan wirelessnya langsung tak dapat. Dah hampir setahun saya gunakannya, tak pernah lagi perkhidmatannya terganggu sampai 3 hari. Sebelum ni ok saja..liputan 4G nya memang terbaiklah di kawasan saya.

Semalam saya dah hantar email kepada pihak Yes untuk bertanya dan memaklumkan perkara tersebut. Tapi sampai hari ini email tu tak berbalas. Maka tengahari tadi saya membuat panggilan ke Yes careline, disambut oleh suara manja mesin. Tunggu punya tunggu, mesin tu jawab pegawainya sibuk melayan pelanggan lain. Maka saya pun tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi nanti seperti yang diminta oleh operator mesin menjawab telefon.

Sampai ke petang saya menunggu untuk dihubungi seperti dijanjikan, tetapi tak ada apa-apa respon pun. Maka pukul 8.15 malam tadi sekali lagi saya membuat panggilan. Sekali lagi operator mesin yang jawab, dan dimaklumkan pegawainya sibuk lagi melayan pelanggan. Amboi ramai betul pelanggan Yes...Sekali lagi saya diminta untuk meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi kembali. 

Sehingga entri ini ditulis, saya belum dihubungi lagi oleh Yes careline. Penatlah macam ni...Dahlah wireless huddlenya tak boleh guna...buat laporan pun tak dilayan. Setiap bulan saya menjelaskan bil tepat pada masanya. Tak pernah terlewatpun. Buat apa kita bayar  jika tak dapat menggunakannya kan! Kalau masalah ini berlarutan, saya tak teragak-agak untuk bertukar kepada perkhidmatan internet yang lain pula. Sekarang pengguna ada pilihan, maka sebarang masalah jika tidak ditangani sewajarnya oleh syarikat berkenaan, pasti akan menjatuhkan reputasinya sendiri.

Sampai bila saya harus menunggu?



3 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.