KOLEKSI ISTIMEWA

Wednesday, October 15, 2014

Pokok kedondong dah berbuah


Ada gaya jadi petani moden? Huhu...bermain dengan sinaran mentari, tengoklah kulit muka dah gelap..Ops... entri ini bukan nak cerita pasal kulit muka, tapi nak cerita pasal pokok kedondong depan rumah dah berbuah. Alhamdulillah kali ini ada beberapa tangkai kedondong yang lebat. Setahu saya buah ni dibuat jeruk. Tapi kitorang makan dengan 'colek' kata orang Kelantan. Daunnya yang masam manis boleh dimakan sebagai ulam dengan budu.



 Inilah buah kedondong depan rumah saya. Pokok ini ditanam lebih kurang 8 bulan lalu.



Dah tinggi pun pokok ni


Harap-harap pokok ini akan terus subur dan mengeluarkan buah yang banyak. Setakat ini saya belum ada rancangan dengan buahnya, kecuali makan-makan begitu sahaja.hehe...Kalau ada pembaca blog ini yang ada idea pasal buah kedondong, bolehlah kongsi yer.

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.