Inilah baju batik terbaru untuk guru dan staf SMKAM, akan dipakai secara rasmi pada tahun depan. Bagaimanapun, sebagai permulaan baju batik baru ini akan digayakan oleh semua guru dan staf dalam majlis jamuan akhir tahun di salah sebuah hotel di Kota Bharu sebelum sesi persekolahan 2014 berakhir. Jadi foto baju batik dalam entri ini adalah paparan ekslusif untuk blog KM7.
Sebenarnya kami diberikan kain untuk dijahit sendiri. Percuma kah kain ini? Oh tidak.... mana ada benda percuma sekarang ni kan.. Bagi guru perempuan, harga kain RM 230 tanpa hiasan batu permata. Macamanalah hiasan tu yer...hehe...Kalau tambah hiasan tu jadilah RM250. Kain untuk guru lelaki pula RM 170. Tempah sendiri di kedai jahit yang disukai dengan bayaran yang mungkin berbeza.
Salah satu contoh baju untuk guru perempuan.
Yang ni belum ditambah aksesorinya lagi. Kalau tambah aksesori
dan upah jahit...mahu mencecah RM 300 sepasang baju...huhu..
Ada yang lebih selesa baju tanpa deretan batu permata atau manik-manik
Haa...inilah baju saya...Tempah jahit untuk sehelai tu RM 50 sahaja.
Maka jadilah sehelai baju tu RM 220
Kita tunggu jamuan akhir tahun untuk melihat
guru-guru dan staf memperagakan batik baru ini.hehe...
Cantiknya kain batik nie,nie sutera crepe ke cikgu?tgk kainnya memang sesuailah dgn hgnya...
ReplyDeleteCantik tapi bunga tu tak besar sangat ke..hehe
ReplyDeleteCantik warna dan coraknya! Nampak segar dan ceria...
ReplyDeleteJangan lupa pukul gambarnya nanti letak dalam blog bila pakai...