expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, November 6, 2014

Batik baru guru & staf SMKAM


Inilah baju batik terbaru untuk guru dan staf SMKAM, akan dipakai secara rasmi pada tahun depan. Bagaimanapun, sebagai permulaan baju batik baru ini akan digayakan oleh semua guru dan staf dalam majlis jamuan akhir tahun di salah sebuah hotel di Kota Bharu sebelum sesi persekolahan 2014 berakhir. Jadi foto baju batik dalam entri ini adalah paparan ekslusif untuk blog KM7.



Sebenarnya kami diberikan kain untuk dijahit sendiri. Percuma kah kain ini? Oh tidak.... mana ada benda percuma sekarang ni kan.. Bagi guru perempuan, harga kain RM 230 tanpa hiasan batu permata. Macamanalah hiasan tu yer...hehe...Kalau tambah hiasan tu jadilah RM250. Kain untuk guru lelaki pula RM 170. Tempah sendiri di kedai jahit yang disukai dengan bayaran yang mungkin berbeza.


Salah satu contoh baju untuk guru perempuan. 
Yang ni belum ditambah aksesorinya lagi. Kalau tambah aksesori 
dan upah jahit...mahu mencecah RM 300 sepasang baju...huhu..


Ada yang lebih selesa baju tanpa deretan batu permata atau manik-manik


 Haa...inilah baju saya...Tempah jahit untuk sehelai tu RM 50 sahaja.
Maka jadilah sehelai baju tu RM 220


Kita tunggu jamuan akhir tahun untuk melihat
guru-guru dan staf memperagakan batik baru ini.hehe...

3 comments:

  1. Cantiknya kain batik nie,nie sutera crepe ke cikgu?tgk kainnya memang sesuailah dgn hgnya...

    ReplyDelete
  2. Cantik tapi bunga tu tak besar sangat ke..hehe

    ReplyDelete
  3. Cantik warna dan coraknya! Nampak segar dan ceria...

    Jangan lupa pukul gambarnya nanti letak dalam blog bila pakai...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.