expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, November 30, 2014

Experience Kampung Life @ Pasir Belanda Resort


Kali pertama saya mengetahui pasal resort ini melalui satu artikel dalam akhbar. Kemudian saya cuba mencari maklumat mengenainya dalam website berkaitan. Kini, saya berpeluang menjejakkan kaki ke sini. Teruja betul melihat keunikan resort yang mengaplikasikan budaya warisan Melayu dalam senibinanya. Pasir Belanda Resort terletak di sebuah perkampungan Melayu di Kampung Banggol, PCB, Kota Bharu, Kelantan. Jom tengok beberapa keping foto yang saya rakam...



Suasana tenang, bersih dan mendamaikan.
Terasa seolah-olah berada dalam sebuah perkampungan Melayu zaman lampau.


Halaman yang selesa untuk aktiviti kekeluargaan.
Terdapat juga beberapa permainan untuk kanak-kanak.


Bilik yang selesa.
Superior Chalet
5 units
Room size: 15 m² – 17 m²
1x Double bed
Air conditioning
Coffee & Tea Making Facilities
Bathroom with Hot Shower & Bath
2 people: Rm 190.-/night (nett)
3 people: (1x extra bed/mattress): Rm 220.-/night (nett)
4 people: (2x extra bed/mattress): Rm 250.-/night (nett)
* July/August: Additional Rm 30./-night (nett)
(Prices for 2014)

Standard Chalet (Semi-D)

2 Units
Room size: 11 m²
1x Double bed
Air conditioning
Coffee & Tea Making Facilities
Bathroom with Hot Shower
2 people: Rm 160.-/night (nett)
(no extra bed/mattress possible)
* July/August: Additional Rm 30.-/night (nett)
(Prices for 2014)

Kolam renang pun ada.
Kolam ini menghadap terus ke arah sungai,
Sambil berenang, kita dapat melihat kehijauan alam.



Pelbagai pakej disediakan untuk mengisi percutian di kampung Melayu ini. Antaranya aktiviti berbasikal, mencanting batik, membuat wau dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, bolehlah hubungi Pasir Belanda Resort & Travel Sdn. Bhd. di talian 60-09-7477046 atau website KLIK SINI Semoga percutian anda memberikan pengalaman kehidupan kampung yang menjanjikan satu kelainan dan penuh bermakna.

3 comments:

  1. tempat yang cantik sangat, singgah lagi setelah lama tak singgah, semoga sihat selalu ya, salam dari indonesia ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.