Alhamdulillah, hari ini secara rasmi anakanda kedua saya, Ardini Widad telah tamat persekolahan di Tadika IQ Bestari, Melor. Ardini telah mendapat pendidikan di tadika tersebut selama 2 tahun. Majlis graduasi telah diadakan petang tadi di dewan Sweet Beach Resort, Tok Bali, Kelantan. Berikut adalah sebahagian foto yang sempat dirakam.
Sebelum menerima sijil, kanak-kanak ini telah
membuat beberapa persembahan di hadapan
tetamu jemputan, ibu bapa dan keluarga.
Belakang pentas...
bergambar dengan kawan-kawan rapat kat sekolah.
Terima kasih buat semua cikgu di IQ Bestari
kerana mendidik Ardini selama 2 tahun di sana.
Tahun depan...
masing-masing melangkah ke tahun satu
di sekolah-sekolah pilihan keluarga.
selamat berpisah...
Sebelum balik rumah ...
singgah sekejap kat pantai...bagi peluang anak-anak main air.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.