KOLEKSI ISTIMEWA

Monday, November 24, 2014

Jom naik keretapi


Sempena cuti sekolah ni jom kita jalan-jalan. Kali ini kami bawa anak-anak naik keretapi, tak pergi jauh pun...cuma dari stesen keretapi Wakaf Baru ke stesen keretapi Tanah Merah. Saja nak bagi pengalaman kepada mereka naik keretapi. Terutamanya Ardini dan Sadiq tak pernah lagi naik keretapi. Imdad pengalaman kali kedua sebab sebelum ni kami dah bawa dia naik keretapi ke Melaka.



Kami bertolak sebelah petang. Tiketnya sangat murah....Dari Wakaf Baru ke Tanah Merah bagi dewasa cuma RM  1.50, dan kanak-kanak 80 sen. Perjalanan mengambil masa selama 45 minit sahaja. Seronok betul budak-budak ni dapat naik keretapi.


Tempat duduk pun selesa.
Masa ni orang tak ramai..siap boleh pilih nak duduk kat mana.
Tapi masa balik...keretapi dari Gua Musang untuk 
ke Tanah Merah, seterusnya Wakaf Baru, ramai pula penumpang. 
Kesian...ada yang kena berdiri sepanjang perjalanan.



Masa kat Tanah Merah tu...sempatlah kami bersiar-siar sekejap kat bandar Tanah Merah, sebab masa masih ada 1 jam untuk menunggu keretapi dari Gua Musang tu sampai. Kami jalan-jalan jer kat pasar besar Tanah Merah. Kat sini macam-macam ada...



Alhamdulillah selamat sampai semula di stesen keretapi Wakaf Baru jam 6 petang. Semoga perjalanan singkat ini memberi pengalaman buat anak-anak. Panjang umur murah rezeki, kita naik lagi keretapi ni untuk ke destinasi lain pula.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.