KOLEKSI ISTIMEWA

Wednesday, November 5, 2014

Kacang botol sudah berbuah


Nampak tak buah kacang botol dalam gambar kat atas? Kena teropong sikitlah sebab semua hijau tu. Itulah hasil tanaman yang diusahakan oleh puan isteri saya. Pokok ini ditanam berhampiran pagar belakang rumah. Kononnya supaya pokok kacang botol ni menjalar kat atas pagar. Asalnya pagar kat belakang rumah saya ni sering menjadi tempat pokok-pokok menjalar melepak.hehe...



Nah...kasi zoom buah kacang botol ni.... nampak segar, bak kata orang...segar dari ladang. Baru jer berbuah tu, dalam beberapa biji saja. Bolehlah buat ulam makan dengan budu. Bukan susah pun nak jaga pokok ni...cuma pastikan ada tempat untuknya memanjat dan menjalar.



Tengoklah....habis satu sudut pagar dijadikan lokasi
pokok kacang botol. 



Seronok kan nampak buah bergantungan pada pokok



Inilah bunga pokok kacang botol...warna purple.



Tengah mencari tempat untuk bergantung tu...habislah pagarku!

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.