expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, November 28, 2014

Maggie Ketam RM30 semangkuk!


Maggie ketam..bukanlah menu baru di Kelantan. Cuma kami jer yang tak pernah makan lagi. Petang tadi kami ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Nampak satu kedai tu ada jual maggie ketam, maka kami pun oderlah. Masa oder tu tak tanya pun berapa harga. Kat kertas menu pun tak tulis berapa harga. Dalam kepala saya...takpelah...mungkin paling mahal pun dalam RM 20 ++ kot.



Dah sampai...makan jer lah...
Rasanya takdelah sedap sangat bagi saya.
Mungkin orang lain sedap kot..selera masing-masing kan...
Ketamnya pun tak berapa nak masak...huhu...
kami bungkus jer bawa balik, masak semula kat rumah
Masa nak bayar...RM 30 semangkuk!
Rasa tak berbaloi pula...betul ker harga maggie ketam ni mahal?



Colek ni pun satu hal juga! Anda rasa logik ker harga sepinggan ni RM34? Masa nak bayar..tuan kedai tu kata RM64 semua...tanpa air (kisah air kat bawah ni pula). Kami tanya berapa semangkuk maggie ketam tu? Katanya RM 30...maka colek kat atas tu RM34 lah! Alamak...mahalnya. Masa nak ambil tadi tengok harga secucuk fishball dan lain-lain tu RM 2 jer. Kira macamana ni....

Kami minta dia kira semula...harganya cuma RM 10. Tengok tu...kalau tak hidup-hidup kami kena tipu. Geram betul..Kalau nak kaya cepat pun...jangan sampai pelanggan datang sekali jer kat kedai awak tu.


Ni cerita pasal air...kat kedai yang sama. Kononnya saya pilih untuk makan kat kedai ni sebab teringin nak makan ABC kelapa, macam dalam gambar kat atas tu. Harga sebiji ABC kelapa tu RM 5. Saya oder dua biji. Anak-anak tak sabar dah nak cuba ABC kelapa.

Tunggu punya tunggu hampir 45 minit...colek tu pun dah habis makan. Tak sampai-sampai ABC kelapa. memang orang kat kedai tu ramai...Tapi saya tengok takde lah ramai sangat yang makan ABC kelapa tu. Dalam hati...lambat kot nak sediakan ABC kelapa ni. Pergi tanya tuan kedai, katanya tengah buat..sabar. Oklah kami sabar. Tunggu lagi 10 minit....sabar...

Tiba-tiba pelayan tu bawa ABC kelapa...ingatkan nak letak kat meja kami, tapi letak kat meja sebelah. Paling geramnya...orang kat sebelah tu baru jer datang tak sampai 5 minit. Kalau anda di tempat saya....marah tak? Nasib baik saya tak terbalikkan saja meja tu.

Akhirnya kami 'cancel' saja ABC kelapa tu...bayar dan terus balik. kesian anak-anak..Takpelah..nanti kita pergi makan kat kedai lain yer!


Saya tak akan singgah lagi kat kedai ni kalau berkunjung ke PCB. Bayangkan kalau saya ni pelancong luar Kelantan...mesti saya akan balik cerita kat member-member...berhati-hatilah kalau nak makan kat gerai-gerai di PCB tu. Betul lah kata rakan-rakan saya....ada sebilangan kedai kat sini memang cekik darah! Sebelum makan...tanya dulu harga. Kalau rasa tak berbaloi....cari jer kedai lain.

Nasihat saya kepada penjual kat gerai-gerai kat sini, kalau anda inginkan pelanggan terus datang ke kedai anda...tolonglah jaga hati pelanggan anda. Sekali mereka terkena...sampai bila-bila mereka akan ingat. Kalau pelancong luar tu mungkin sekali tu jer mereka datang. Tapi kalau pengunjung tempatan...Rasanya lepas ni lalu jer kat depan kedai ni tanpa singgah.


Sebagai perbandingan....maggie ketam yang dimakan oleh rakan-rakan saya di salah sebuah restoran di Pasir Pekan di Kota Bharu. Dalam mangkuk maggie tu ada 2 ekor ketam dan 4 ekor udang yang saiz besar.. Harga  untuk semangkuk maggie ketam + udang tu cuma RM 22. Semua 3 mangkuk berserta air dan dessert buah-buahan...cuma RM 70+ untuk 3 orang. Murah kan!

Hmmm..lain kedai, lain pula harganya...sila buat pilihan yang tepat sebelum makan...Kalau tidak...memang tak berbaloi..Bagi saya, kalau betullah harga maggie ketam sekarang ni mahal...tak kisahlah...tapi yang paling tak puas hati...pasal ABC kelapa tu!

4 comments:

  1. kita yang baca ni pujn tukut merasa sakit hatinya... hehe.. thanks for the info..

    ReplyDelete
  2. Eeee sakitnya hati qila bila baca.
    Kalau abah in this situation sumpah dia mengamuk hahahaahaa.
    Sabor jelah ye hiks.

    Mahal gilaaaa uiiii gila cekik darah ya allah!!!
    tapi PCB mmg cemtu kan
    Kalau tak survey mmg kenaa cekik ish

    ReplyDelete
  3. Noted. Qila pun takkan makan situ heheeeh

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni semua orang nak jadi jutawan. Tak kisahlah cara halal ke haram..mmm menakutkan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.