KOLEKSI ISTIMEWA

Sunday, November 9, 2014

Pameran dan pertunjukan Ular 2014 Kelantan


Ular!...ular!.... apa respon anda apabila terserempak dengan ular seperti di atas? Ular dalam gambar tu adalah ular senduk atau juga dikenali dengan nama saintifiknya Naja-Naja. Itu betul-betul ular yer...bukan gambar mahupun replika ular. Ular senduk yang suka makan tikus dan katak ini boleh dilihat di Muzium Negeri Kelantan. Pameran dan pertunjukan ular Snake at Museum ini berlangsung dari 3 Nov hingga 3 Disember 2014. Dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam. Saksikan sebahagian daripada foto yang sempat saya rakam semasa ke sana.



 Pameran ini sesuai untuk seisi keluarga.


Tarikan utama...Gadis bersama ular. Berani betul gadis berusia 28 tahun dari Pulau Pinang ini berada bersama-sama ular dalam bilik tu. Rahila atau lebih dikenali dengan Baby Andryanna sering menghabiskan masa lapangnya dengan bermain dan mempelajari cara-cara menjaga ular.


Ular tedung selar atau king cobra ini turut mendapat perhatian.


Pelbagai spesis ular dapat dilihat dari jarak dekat


Selain ular, turut dipamerkan pelbagai reptilia lain


The snake show...jangan lepaskan peluang ini


Kepada yang berada di sekitar Kota Bharu, Kelantan,
jangan lepaskan peluang ini. Banyak informasi tentang ular terdapat di sana.
Tiket masuk bagi pameran dan pertunjukan ular ini 
ialah RM 4 bagi dewasa dan RM 3 bagi kanak-kanak.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.