expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, November 12, 2014

Penanda buku yang comel


Amacam.....cantik tak penanda buku kat atas tu? Saya buat sendiri untuk 3 orang anak. Bukan nak tunjuk rajin atau takde kerja nak buat.Hehe...Cuma sesekali buat aktiviti bersama anak-anak. Penanda buku tu bukan untuk buku, tapi untuk diletakkan sebagai penanda dalam Al Quran mereka. Senang jer nak buat ni. Meh tengok sini....



Kononnya terjumpalah beg kertas tu...Selalunya kalau kita pergi kenduri, akan dapat beg kertas macam dalam gambar kat atas tu. Kalau satu dua, boleh lagi disimpan. Tapi kalau banyak, buat sepah rumah jer kan..Daripada terbuang begitu saja, mari kita buat penanda buku yang comel.


Mula-mula.....kasi buka itu beg kertas macam dalam gambar. Anda boleh rancang sendiri nak guna corak yang mana mengikut kreativiti masing-masing. Kalau beg kertas yang kecil, boleh dibuat 3 keping penanda buku.


Ambil pembaris, buat ukuran sebesar dan sepanjang mana yang anda suka. Tapi agak-agaklah yer...jangan terlalu panjang ataupun pendek sangat. Nak buat bentuk lain pun takpe.


Dah siap satu...kalau malas ukur yang lain, boleh ditekap saja. Kemudian bolehlah digunting. Projek ni boleh saja dibuat oleh anak-anak yang dah besar. Kalau anak-anak masih kecil...suruh mereka tengok saja kita menggunting.


Tadaaa... dah siap gunting. Sekarang kertas tadi dilipat dua dan disapu gam. Suka hati andalah nak guna gam cap apa, janji boleh melekatkan kertas tu depan dan belakang. Kat tepi tu boleh guna selotape supaya penanda buku kita ni tak mudah koyak mahupun terbuka.


Ambil penebuk...tebuklah seberapa banyak yang anda nak.Hehe...Masukkan tali mahupun riben. Saya guna jer tali beg kertas tadi...Kan tak payah susah-susah nak pergi beli riben kat kedai. Kalau banyak sangat rantai tangan ker rantai leher ker...boleh juga. Haha..jangan rantai basikal sudah!


Ok...sekarang boleh tulis nama macam dalam gambar paling atas tu. Saya print jer nama anak-anak sebab tulisan tangan cantik sangat, takut anak-anak tak dapat baca. Kat belakang penanda buku tu bolehlah dilekatkan kata-kata semangat, pesanan atau apa-apa saja. 

Boleh jer penanda buku ni dijadikan hadiah buat yang tersayang. Wow! mesti terharu terima hasil kerja tangan kita sendiri. Boleh cuba buat sendiri...anda pasti berpuas hati. Kalau tak jadi...pergi beli yang dah siap kat kedai! Ok...cubalah yer!

5 comments:

  1. Wah wah.. Comel jer. Mesti anak2 suka nie ^^

    ReplyDelete
  2. kreatif...saya dah lama tak buat benda-benda mcm ni.sejak ada ada kecik susah sikit nak buat.kita pegang gunting dia nak buat jugak. time dia tido pulak ada bend lain nak buat.

    ReplyDelete
  3. waa comelnya, tapi kalau lelaki yang ada penanda tu takut dicop gay pula hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.