Betul la..rusa ni..tapi kat mana yer? Bukan zoo negara tau. Di Kelantan saja ni..Yang dah biasa pergi tentu tahu tempatnya. Pendek cerita, rusa-rusa ni ada kat Taman Perbandaran Tengku Anis, di Kota Bharu. Sajalah bawa anak-anak jalan-jalan kat sini pada waktu petang. Kat taman ni boleh juga jogging kerana ada trek untuk berjoging.
Budak-budak mesti suka datang sini kerana ada disediakan
tempat untuk bermain dengan beberapa jenis permainan kanak-kanak.
Kalau nak bergambar atau selfie,
boleh saja kat dataran ni.
Tempat duduk pun ada untuk berehat
Ada juga keluarga yang berkelah bersama keluarga dengan
duduk jer kat atas rumput tu sambil makan makanan yang dibawa dari rumah.
Aktiviti penting bagi kanak-kanak yang datang ke sini,
mandi kat kolam. Bayaran masuk cuma RM 3 untuk 1 jam.
Ibu bapa yang masuk untuk menemani anak-anak mandi tidak dikenakan
sebarang bayaran,
Selamat untuk anak-anak mandi sebab airnya cetek jer
Ada beberapa kolam dengan kedalaman yang berbeza.
Peta kat taman ni
Anak-anak saya yang sedang mandi
Taman permainan untuk kanak-kanak saja..
Ada juga sangkar burung, tapi tak banyak burung.
Bagi yang berkesempatan bolehlah datang ke sini bersama keluarga.
Lokasi percutian yang menarik ni..
ReplyDeleteSuka jogging kat sini. Track cantik lebih kurang 1km loop
ReplyDelete