Hari ini banjir di Kelantan masih lagi teruk. Cuaca sekitar Kota Bharu semasa entri ini ditulis, cerah dengan sedikit berangin. Tiada hujan langsung. Bagaimanapun paras air di kebanyakan tempat semakin naik. Entri ini saya akan paparkan gambar-gambar lokasi banjir di Pasir Tumboh, Kelantan. Bagi mereka yang menggunakan laluan dari Pasir Putih untuk ke Kota Bharu, juga sebaliknya pasti biasa dengan lokasi berhampiran jambatan Pasir Tumboh ini. Gambar-gambar ini dirakam sekitar jam 10.30 pagi tadi.
Air naik dengan cepat biarpun tiada hujan di sini.
Bagi rumah dua tingkat, air sudah menenggelamkan tingkat bawah.
Bengkel kereta ini juga hampir tenggelam
Kebanyakan rumah di sini sememangnya dibina tinggi
sebab kawasan ini sering dinaiki air setiap kali musim banjir
Laluan dua hala di sini agak sibuk kerana masing-masing
memperlahankan kenderaan untuk meninjau keadaan air di kiri kanan jalan.
Semoga banjir cepat surut dan keadaan pulih seperti biasa.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.